
Jabatan Mufti Kerajaan dengan kerjasama Bahagian Media dan Kabinet, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Radio Televisyen Brunei telah mengungkayahkan Majlis Bertadarus pada 07 Ramadhan 1437H bersamaan 13 Jun 2016M. Majlis berlangsung di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Kampong Mulaut.
Antara yang hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan; Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar, Timbalan Menteri di JPM dan Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam) di JPM, Awang Yahya bin Haji Idris.
Majlis yang kedua ini diadakan adalah kesinambungan dari siri Majlis Bertadarus sempena Bulan Ramadhan bagi JPM dan jabatan-jabatan dibawah nya pada tahun ini. Majlis bertadarus sebelum ini telah diadakan pada 05 Ramadhan 1437H bersamaan 11 Jun 2016M di Masjid Kampong Pulaie. Sebanyak lima buah masjid telah dirancang untuk diadakan majlis seumpama ini yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan berlainan dibawah JPM.
Selain dua buah masjid diatas, Majlis juga telah diadakan di Masjid Universiti Brunei Darussalam pada 08 Ramadhan 1437H; Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong pada 09 Ramadhan 1437H dan Masjid Kampong Pintu Malim pada 10 Ramadhan 1437H.
Manakala majlis kemuncak bagi menandakan berakhirnya Majlis Bertadarus, iaitu Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada 14 Ramadhan 1437H bersamaan 20 Jun 2016M di Masjid Ash-Shaliheen.
Hadir di majlis tersebut, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim ; Pemangku Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud; Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar; Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan serta kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Majlis diungkayahkan bersama oleh Bahagian Media dan Kabinet, JPM; Jabatan Mufti Kerajaan; Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat; Jabatan Perkhidmatan Elektrik; Jabatan Kehakiman Negara; Pasukan Polis Diraja Brunei; Jabatan Percetakan Kerajaan; Pusat Kebangsaan E-Kerajaan; Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; Jabatan Penerangan dan Biro Kawalan Narkotik.
Aktiviti-aktiviti keagamaan seperti ini adalah salah satu acara tahunan JPM dan jabatan-jabatan dibawahnya bagi menghidupkan bulan yang mulia ini dan untuk merebut ganjaran pahala dari sumbangannya sama ada berupa kewangan atau tenaga daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Ianya juga menjadi sebagai wadah untuk pegawai-pegawai dan kakitangan turun padang dan bersilaturahim dengan orang ramai, terutama penduduk qaryah masjid.



