Timbalan Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat Ketua Komisi Pengawas Haji Indonesia

Yang Mulia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan telah menerima kunjungan hormat Yang Mulia Drs. H. Slamet Effendy Yusuf, Ketua Komisi Pengawas Haji Indonesia (KPHI) serta delegasi KPHI.

Kunjungan itu berlangsung di bilik VIP Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BPIS) pada 14 Safar, 1437H bersamaan 26 November, 2015. Sebelum kunjungan hormat itu, Yang Mulia beserta delegasi mendengar taklimat ringkas mengenai BPIS dan seterusnya melawat ke galeri-galeri yang ada di BPIS.

Yang Mulia berada di negara ini untuk membuat kajian perbandingan dan saling bertukar-tukar pendapat tentang amalan terbaik mengenai pengurusan haji di Brunei Darussalam. Hasil kajian akan digunakan untuk membuat pengubahsuaian mengenai pengelolaan mahupun pengawasan haji di Republik Indonesia.

Turut hadir ialah beberapa pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan.