Lawatan Menteri Pemuda & Olahraga Republik Indonesia ke BPIS

Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BPIS) pada hari Ahad 10 Safar, 1437 bersamaan 22 November, 2015 telah menerima kunjungan Tuan Yang Terutama Imam Nahrawi, Menteri Pemuda dan Olahraga, Republik Indonesia.

Ketibaannya di BPIS dialu-alukan oleh Yang Mulia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan, Haji Mohidin bin Haji Mustapha, Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) dan beberapa pegawai kanan, pegawai dan kakitangan JMK.

Kunjungan tersebut merupakan salah satu program lawatan Tuan Yang Terutama semasa berada di negara ini bagi menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) Ke-7, yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada hari yang sama.