Majlis Doa Kesyukuran Sempena Menyambut 21 Tahun Penubuhan Jabatan Mufti Kerajaan

Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) pada 07 November 2015 telah mengadakan sambutan majlis kesyukuran sempena 21 tahun penubuhannya. Majlis diadakan di surau JMK.

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Mufti Kerajaan, Timbalan Mufti Kerajaan dan pegawai-pegawai serta kakitangan JMK.

Acara sambutan dimulai dengan bacaan surah al-Faatihah, disusuli dengan ucapan daripada Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti kerajaan seterusnya membaca Surah Yaasin beramai-ramai dan doa selamat & kesyukuran. Majlis diakhiri dengan sembahyang fardhu Asar berjemaah diimamkan oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Mulia Dr Hj Japar bin Hj Mat Dain @ Maidin.

Jabatan Mufti Kerajaan telah menjadi jabatan yang berasingan di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 03 Jamadil Akhir, 1415 bersamaan 07 November 1994. Sebelum itu, Mufti Kerajaan dan pegawai-pegawainya adalah di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.