Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat Tokoh Islam Indonesia

Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti  Kerajaan telah menerima kunjungan hormat Yang Mulia Dr. (HC) Ahmad Hashim Muzadi, seorang tokoh Islam Indonesia yang pada masa ini sedang berkhidmat sebagai salah seorang Ahli Lembaga Dewan Pertimbangan Presiden Republik Indonesia. 

Kunjung itu berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di DarulIfta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 14 Muharram, 1437 bersamaan 27 Oktober, 2015.  Kunjungan tersebut difahamkan bagi memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama dua hala antara Republik Indonesia dan Negara Brunei Darussalam terutamanya dalam sektor kemasyarakatan dan kebudayaan. 

Dr. (HC) Ahmad Hashim Muzadi berada di negara ini dalam rangka lawatan ke negara ini dan dijangka untuk memberikan ceramah umum di Universiti Brunei Darussalam yang bertemakan “Memperkasa Belia ke arah sebuah komuniti ASEAN  yang lebih baik”.  

Turut serta dalam kunjungan hormat tersebut ialah Duta Besar Indonesia ke Negara Brunei Darussalam Puan Yang Terutama Nurul Qomar.