Timbalan Mufti berlepas ke Republik Turki

27 Zulhijjah 1436 bersamaan 11 Oktober  2015

Timbalan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr. Hj Japar bin Mat Dain @Maidin hari ini bertolak ke  Istanbul, Republik Turki bagi menghadiri persidangan “1st Muslim Religious Leaders Summit for Asia and Pacific Countries”. Persidangan akan berlangsung selama empat hari bermula 13hb sehingga 16hb Oktober, 2015.

Turut mengiringi beliau ke persidangan tersebut ialah Yang Mulia Mohamad Sofian bin Tengah, Pegawai Penyelidik Ugama Kanan Jabatan Mufti Kerajaan.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk sama-sama mengucapkan selamat belayar ialah Tuan Yang Terutama Oguz Ates, Duta Republik Turki ke Brunei Darussalam dan beberapa pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan.