28 Syawal 1436 bersamaan 13 Ogos 2015
Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya bagi tahun 2015/1436 bertempat di Ruang Legar Jabatan Mufti Kerajaan pada jam 10.00 pagi. Majlis serupa ini adalah majlis tahunan Jabatan Mufti Kerajaan bertujuan bagi mengeratkan silaturrahim diantara pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan.
Hadir di majlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan; Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Suhaili bin Haji Mohiddin; Yang Mulia Dato Paduka Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khatib Haji Abu Hanifah, Pengarah Jabatan Mufti Kerajaan; Ketua-ketua Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan.
Di majlis ini, Jabatan Mufti Kerajaan turut melancarkan dua buah buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan iaitu Rawatan & Kesihatan 2 dan Teman Musafir (Edisi Mini), yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan. Majlis diikuti dengan penyampaian buku-buku waqaf dan derma sumbangan Hari Raya kepada kakitangan dan mantan kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan.