Timbalan Mufti Terima Kunjungan Duta Besar Republik Arab Mesir

29 Sya‘ban, 1436 bersamaan 16 Jun, 2015

Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin telah menerima kunjungan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Arab Mesir yang tidak menetap ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Salah Mohi Eldin Elwassimy.

Kunjungan tersebut berlangsung pada 29 Sya‘ban, 1436 bersamaan 16 Jun, 2015 di Darulifta’ Brunei Darussalam. Hadir sama ialah Dr. Haji Mazanan bin Haji Yusof, Ketua Pegawai Penyelidik Ugama dan Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman,Pemangku Penolong Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan.