Mufti Terima Kunjungan Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah

Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr.Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam, pada hari Sabtu 16 Jamadilawal, 1436 bersamaan 7 Mac, 2015 telah menerima kunjungan rombongan seramai 8 orang Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Persatuan Bahasa Arab – Malaysia.

Semasa pertemuan tersebut,  Dato Mahmud Abdul, selaku ketua rombongan menyatakan rasa  penghargaan atas kesudian Yang Berhormat Pehin meluangkan masa dan dan memberikan kesempatan pihak rombongan untuk mengetahui lebih dekat tentang institusi fatwa dan peranan Jabatan Mufti Kerajaan.

Beliau juga melahirkan rasa kagum atas kebijaksanaan kepimpinan Negara Brunei Darussalam dalam meyakinkan masyarakatnya hidup secara aman dan dapat menyerapkan pendidikan yang berasaskan al-Qur’an dan as-sunnah.