Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

09 Jun 2022 - Majlis Pelancaran Buku Raja Menjiwai "Selawat Senegara" Our King Enlivens "Selawat Senegara" dan Buku Isu-Isu Kewangan 2

​Oleh: Rawandi Rafie Yahya




Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri melancarkan dua buah buku terbitan terbaharunya berjudul RAJA MENJIWAI “SELAWAT SENEGARA” OUR KING ENLIVENS “SELAWAT SENEGARA” dan buku ISU-ISU KEWANGAN 2 bertempat di Ruang Legar, Darulifta’ Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 09 Zulkaedah, 1443H bersamaan 09 Jun, 2022M.

Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya menyempurnakan pelancaran buku tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan. Majlis turut dihadiri oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin; Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusof; Penolong Mufti (Buhuth), Yang Mulia Dr. Haji Dennie bin Haji Abdullah; Penolong Mufti (Ifta’), Pemangku Pengarah Pentadbiran dan pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Faatihah disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran, Jabatan Mufti Kerajaan.

Majlis diteruskan dengan ucapan dan pelancaran oleh tetamu kehormat majlis, diikuti dengan penyampaian waqaf buku kepada 6 buah perpustakaan iaitu Perpustakaan Islam Brunei, Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan UBD, Perpustakaan UNISSA, Perpustakaan KUPUSB dan Perpustakaan UTB.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Yang Mulia Pengiran Muhammad Wafiuddin bin Pengiran Haji Zulkarnain, Pegawai Buhuth Jabatan Mufti Kerajaan.



Attachments