Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

11 Ogos 2022 - Majlis Doa Kesyukuran Dan Penghargaan Sempena Sambutan 60 Tahun Institusi Fatwa Negara Brunei Darussalam (1962 - 2022)









Oleh: Rawandi Rafie Yahya 

Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Penghargaan Sempena Sambutan 60 Tahun Institusi Fatwa Negara Brunei Darussalam (1962 - 2022) pada hari Khamis, 11 Ogos 2022 bersamaan 13 Muharam 1444. Majlis diadakan di Ruang Legar, Darulifta’ Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan.


Majlis ini diadakan bersempena dengan 60 Tahun Institusi Fatwa di Negara Brunei Darussalam 1962-2022. Tujuan majlis adalah bagi menzahirkan rasa syukur kepada Allah di atas keutuhan institusi fatwa yang telah berada di Negara Brunei Darussalam selama 60 tahun. Selain itu juga, majlis diadakan bagi menghargai di atas khidmat bakti yang telah diberikan selama ini oleh mantan pegawai serta kakitangan dan juga pegawai serta kakitangan yang telah bertugas selama lebih 20 tahun di Jabatan ini.


Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.


Majlis turut dihadiri oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin; Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusof; Penolong Mufti (Buhuth), Yang Mulia Dr. Haji Dennie bin Haji Abdullah; Penolong Mufti (Ifta’), Pemangku Pengarah Pentadbiran, pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan dan para jemputan yang terdiri daripada mantan pegawai dan kakitangan yang pernah berkhidmat dalam insititusi fatwa sepanjang penubuhannya.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Yaasin yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Haji Abd Rahman bin Pengarah Hj Mokti, Ketua Istinbat.


Majlis diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, Yang Mulia Haji Saiful Nizam bin Hj Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran, Jabatan Mufti Kerajaan. Majlis diteruskan dengan ucapan nasihat daripada Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.


Yang Berhormat Mufti Kerajaan seterusnya menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah menyumbangkan jasa dan bakti dalam menanai amanah serta tugas dalam Institusi Fatwa semasa peringkat awal penubuhannya dan juga daripada warga JMK yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dan masih dalam perkhidmatan serta mereka yang telah bersara.


Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh Haji Mohd Sofian bin Awang Tengah, Pemangku Ketua Buhuth, Jabatan Mufti Kerajaan.



Attachments