Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

11 Ogos 2024 -Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat Perpisahan

 1723449992088.jpg

Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, hari ini 8 Ogos, 2024, telah menerima kunjungan hormat  perpisahan daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Major General (B) Farhat Abbas Sani yang akan meninggalkan negara ini pada 11 Ogos, 2024 ini.

Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di DarulIfta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 20 Oktober 2022 yang lalu

Pada kunjungan ini, kedua-dua belah pihak menghargai hubungan yang telah terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan dan berharap agar hubungan baik tersebut akan terus kekal.


Attachments