Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

24 Ogos 2024 - Mufti Kerajaan Menerima Kunjungan Hormat

WhatsApp Image 2024-08-26 at 09.08.52_ce528388.jpg


(Oleh: Awang Osman Abu Bakar)
 
Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, telah menerima kunjungan hormat dua ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik iaitu Tuan Yang Terutama Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Emiriah Arab Bersatu, dan Puan Yang Terutama Dayang Hajah Noor Qamar binti Haji Sulaiman, Pesuruhjaya Tinggi NBD ke Republik Singapura.

Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada hari ini 24 Ogos, 2024.

Tuan dan Puan Yang Terutama telah dikurniakan Surat Watikah Pelantikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 17 Ogos, 2024 di Istana Nurul Iman.


Attachments