Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah

JUDUL
Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah: Penyelamat Ummah
(The Aqidah Ahl As-Sunnah Wal-Jamaah: Saviour of the Ummah)
Tahun Diterbitkan: 2011
Muka Surat: 72 Halaman
ISBN-13: 978-99917-33-98-2
Harga: BND 3.00

Kandungan


Buku ini merupakan kandungan kertas kerja yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, di Seminar Antarabangsa Mengenai Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah sempena Sambutan Jubli Perak Penubuhan Pusat Da'wah Islamiah pada 24 Rabiulakhir, 1432 bersamaan 29 Mac, 2011

Memandangkan pada hari ini semakin banyak fahaman yang mengelirukan dan terpesong daripada aqidah Islam sebenar, buku ini adalah sesuai untuk dibaca oleh berbagai golongan masyarakat dalam memandu kita ke arah memahami dan beramal dengan aqidah yang dipegang oleh para ulama dan orang-orang yang mengikut perjalanan Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam. Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah aqidah yang berlandaskan al-Qur'an, hadits dan juga ijma' ulama.

Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah inilah yang telah menyatukan umat Islam negara ini dan mencorakkan kehidupan beragama, menyuluh masyarakat ke arah hidup yang lebih selamat dan stabil serta membina sebuah negara yang maju dan sejahtera.

Mengandungi terjemahan 2 bahasa asing iaitu Inggeris dan Arab daripada bahasa asalnya iaitu bahasa Melayu, buku ini diharapkan dapat mencapai matlamatnya dalam menyebarkan ilmu Islam seluas mungkin kepada berbagai lapisan masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Content


This book consists of the working paper delivered by the State Mufti the Honorable Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, at the International Seminar On Aqidah Ahl As-Sunnah Wal-Jamaah in conjunction with the Silver Jubilee Anniversary of the Da'wah Islamiah Centre on 24 Rabiulakhir, 1432 coinciding with 29 March 2010.

In the midst of the many confusing beliefs that deviate from the true Islamic 'aqidah, this book makes a good read and is suitable for everyone as it will guide us towards understanding and practising the 'aqidah held by scholars and those who follow the path of the Prophet Muhammad Sallallâhu 'alaihi wasallam. The 'aqidah of the Ahl As-Sunnah Wal-Jamaah is based on al-Qur'an, ahâdith and also the ijma' of the scholars.

It was the Aqidah of the Ahl As-Sunnah Wal-Jamaah that had united the Muslim ummah of this country and helped shape a life of faith, directing people to a safer and more stable lifestyle while building a progressive and prosperous country.

Translated into 2 other languages from the original Malay Language, i.e. English and Arabic, it is hoped that this book will achieve its objectives to spread Islamic knowledge as widely as possible to all levels of society, both locally and internationally.