Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFatwa Of The State Mufti 1994 – 1995

JUDUL
Fatwa Of The State Mufti 1994 – 1995
Tahun Diterbitkan: 2001
Muka Surat: 268 Halaman
ISBN-13: 978-99917-33-24-1
Harga: BND 9.00

Kandungan


Buku ini adalah terjemahan bahasa Inggeris daripada buku FATWA MUFTI KERAJAAN 1994-1995. Buku ini mengandungi fatwa-fatwa yang diberikan oleh Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, sejak Yang Dimuliakan Lagi Dihormati itu dilantik menjadi Mufti (September 1994) hingga akhir tahun 1995.

Adalah menjadi niat Jabatan Mufti Kerajaan supaya fatwa-fatwa yang difatwakan oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam akan disebarkan seluas yang mungkin hatta melimpasi sempadan negeri.

Buku ini besar manfaatnya kepada umat Islam kerana di samping memberikan jawapan hukum atau doktrin Islam kepada pertanyaan dan kemusykilan ugama, Fatwa Mufti Kerajaan mempunyai ciri menyibarkan ilmu pengetahuan Islam yang menjadi latar belakang fatwa yang diberikan itu. Dengan ciri yang demikian itu, umat Islam akan menghayati hukum dan doktrin Islam yang disampaikan dalam buku ini dengan lebih mendalam.