Irsyad Hukum Sempena Ramadhan Dan ‘Idul Fitri

16. Sya‘ban, 1435 bersamaan 03 Jun, 2015

Dalam usaha untuk memberikan bimbingan kepada masyarakat berhubung dengan beberapa masalah yang selalu dihadapi ketika berpuasa dan bagi menghidupkan bulan Syawal dengan Sambutan ‘Idul Fitri, Jabatan Mufti Kerajaan bersama pihak Radio Televisyen Brunei (RTB) menerbitkan sebanyak sembilan episod rancangan Irsyad Hukum.

Enam episod yang dikhususkan sempena bulan Ramadhan membicarakan mengenai hukum puasa kanak-kanak, puasa bagi pesakit buasir, rawatan dan pemeriksaan gigi di bulan puasa, kekeliruan bermula waktu imsak, menjaga tuntutan agama ketika berbuka puasa dan memperbanyakkan membaca al-Qur’an di bulan Ramadhan.  

Sementara tiga episod untuk ‘Idul Fitri ialah mengenai cara melahirkan rasa syukur menyambut Hari Raya, menghadiri rumah terbuka di bulan Syawal dan ziarah kubur bagi perempuan haidh.