Lawatan Kerajaan Negeri Kelantan ke BPIS

Seramai 10 orang rombongan daripada Kerajaan Negeri Kelantan pada Sabtu, 6 Rabiulahkir 1437H bersamaan 16 Januari, 2016 telah membuat lawatan ke Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BPIS).

Rombongan diketuai oleh Yang Mulia Wan Azimin bin Wan Adnan, Pegawai Sulh di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.

Ketibaan rombongan ke BPIS dialu-alukan oleh Yang Mulia Dato Paduka Ahmad Bukhari PSRK Abu Hanifah, Pengarah Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) berserta beberapa pegawai kanan, pegawai dan kakitangan JMK.

Sejurus selepas lawatan ke BPIS, rombongan berkesempatan membuat perjumpaan muhibbah kepada Yang Mulia Timbalan Mufti Kerajaan, Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin.

Lawatan tersebut merupakan salah satu program lawatan rombongan ke negara ini bagi mempelajari serta ingin mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan hukum jenayah syariah yang telah negara ini laksanakan.