Majlis Ibadah Korban 1444h Anjuran Bersama Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri Dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB)

Seramai 269 orang yang terpilih daripada Mukim Kilanas telah menerima daging ibadah korban anjuran bersama Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB).

Sejumlah 6 ekor kerbau dan 2 ekor sapi disembelih untuk dijadikan ibadah korban pada majlis tahun ini.

Majlis berlangsung di Ruang Legar, Bangunan Darulifta’, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri pada 12 Zulhijjah 1444H bersamaan 01 Julai 2023H.

Tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned, Mufti Kerajaan. Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan; Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusof, Penolong Mufti (Buhuth); Yang Mulia Awang Haji Abd Rahman bin Pengarah Haji Mokti, Pemangku Penolong Mufti (Ifta’); serta pegawai dan kakitangan dari kedua-dua institusi.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah yang dipimpin oleh YM Ustaz Haji Hazimin bin Haji Ibrahim, Penolong Ketua Urusetia Fatwa, Jabatan Mufti Kerajaan dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Captain Sabirin bin Haji Abd Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB).

Majlis diteruskan dengan penyerahan daging korban kepada 87 ketua keluarga penerima yang disempurnakan oleh YB Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned, Mufti Kerajaan dan YM Captain Sabirin bin Haji Abd Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB). Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia Ustaz Haji Hazimin bin Haji Ibrahim, Penolong Ketua Urusetia Fatwa.

Majlis Ibadah Korban yang dilaksanakan secara bersama ini adalah merupakan acara tahunan antara kedua-dua institusi tersebut. Kesepakatan ini telah lahir sejak lebih 20 tahun yang lalu bermula pada tahun 1999 lagi.