Jabatan Mufti Kerajaan (JMK),Jabatan Perdana Menteri,Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit pada hari Isnin 28 Sya‘ban, 1435 bersamaan 15 Jun, 2015 di Darulifta’ Brunei Darussalam.
Bacaan tahlîl dan do‘a arwah diniatkan juga pahalanya bagi Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Pertama, Allahyarhamah Datin Hajah Kamaliah binti Suhaimi, warga dan keluarga Jabatan Mufti Kerajaan yang telah kembali ke Rahmatullâh.
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin, Timbalan Mufti Kerajaan dan Dato Paduka Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khatib Haji Abu Hanifah, Pengarah Pentadbiran JMK. Bacaan tahlîl dan do‘a arwah dipimpin oleh Haji Martino @ Abdul Azim bin Haji Ahmad, Pegawai Penyelidik Ugama. Majlis berkenaan merupakan aktiviti tahunan JMK sempena menjelang bulan Ramadhan.