Isnin, 01 Jamadilawal 1448 bersamaan 12 Oktober 2026
Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned telah menerima kunjungan hormat daripada rombongan delegasi yang diketuai oleh Tuan Yang Terutama Tuan Zaqy Mohamad, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Masyarakat Islam, Republik Singapura.
Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darul‘ifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada hari ini 12 Oktober, 2026.
Termasuk dalam kunjungan tersebut ialah Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Kadir Maideen Mohamed; Pembantu Khas kepada Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Islam, Alfi Sohfian; Penolong Pengarah, Penglibatan Awam dan Pendidikan, Pembangunan Dasar Keagamaan, Kamaruzaman Afandi; Ketua Rangkaian Antarabangsa, Bahagian Halal, Sharifuddin Mohd Ali; Pengurus Hubungan Antarabangsa, Penglibatan dan Perkongsian, Nur Hazwani Suryani; Pembantu Menteri (PSO), Mohamad Faizal Bin Hussin; Pembantu Menteri (PSO), Tan Chee Keong (Chen ZhiQiang).
Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Tuan Yang Terutama Yip Wei Kiat, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam dan Mr Guo Weimin, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam
Di dalam pertemuan di Darul‘ifta Brunei Darussalam itu, Yang Berhormat Pehin dan rombongan Singapura telah membincangkan hal ehwal Islam.
Mengakhiri kunjungan tersebut, rombongan dari Singapura itu telah dibawa melawat Perpustakaan Islam Brunei Darussalam (PIB).
Rombongan tersebut berada di negara ini dalam rangka mengadakan lawatan pengenalan selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Oktober, 2026 ke negara ini dan seterusnya akan menyaksikan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) Pengiktirafan Pensijilan Halal dan Bidang-bidang Kerjasama antara Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).