
Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan telah menerima kunjungan hormat Puan Yang terutama Ms. Nagma M. Mallick, Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam.
Kunjung itu berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di DarulIfta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 29 Zulkaedah, 1437 bersamaan 1 September, 2016.

Terdahulu sebelum itu, pada 26 Zulkaedah, 1437 bersamaan 29 Ogos, 2016, Yang Berhormat Pehin telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Encik Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Republik Singapura.
Tuan Yang Terutama berada di negara ini bagi menghadiri Mesyuarat Kerjasama Alam Sekitar Brunei-Singapura ke-10 di bawah Pertukaran Lawatan Tahunan yang berlangsung di Negara Brunei Darussalam pada 30 Ogos, 2106 yang lalu.