Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat Menteri Sekitaran dan Sumber Air Republik Singapura

Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti  Kerajaan telah menerima kunjungan hormat Tuan Yang Terutama Encik Masagos Zulkifli, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Republik Singapura.

Kunjung itu berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di DarulIfta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 28 Muharram, 1437H. bersamaan 10 November, 2015.  Tuan Yang Terutama berada di negara ini sebagai tetamu negara bagi menghadiri Majlis Ilmu 2015 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam semalam.

Di dalam kunjungan tersebut, Tuan Yang Terutama Encik Masagos Zulkifli disertai oleh Duta Besar Singapura ke Negara Brunei Darussalam Tuan Yang Terutama Mr. Jaya Ratnam.

Turut hadir ialah Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Mulia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain@Maidin; Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Yang Mulia Dato Paduka Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khatib Haji Abu Hanifah dan beberapa pegawai kanan Jabatan Mufti Kerajaan.