Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura

21 Sya’ban 1437 bersamaan 28 Mei 2016

Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan telah menerima kunjungan Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam.

Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta’ Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 28 Mei, 2016.

Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Asia Tenggara I, Kementerian Luar Negeri Republik Singapura.