Fatwa Mufti Kerajaan 1999

$10.00

Kandungan

Sepanjang tahun 1999, terdapat sebanyak 24 siri fatwa telah difatwakan oleh Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam sebagai jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang dihadapkan oleh berbagai pihak daripada orang ramai, institusi dan orang perseorangan.

Meskipun fatwa-fatwa di dalam buku ini ialah jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang datangnya daripada pihak-pihak tertentu sahaja, namun ianya tetap merupakan buku yang perlu dimiliki oleh umat Islam untuk dimanfaatkan sebagai rujukan mengenai isu-isu yang dihuraikan. Satu hakikat lagi kenapa ia bermanfaat kepada umat Islam ialah bahawa fatwa-fatwa yang dikeluarkan itu menyentuh berbagai perkara kehidupan harian yang sering dihadapi oleh umat Islam. Di samping itu pula fatwa-fatwa tersebut tetap dengan ciri dan sifatnya memberikan ilmu-ilmu agama yang relevan dengan isu yang ditanya, sebelum disampaikan ketetapan hukum mengenainya.

Category

Description

Tahun Diterbitkan: 2000
Muka Surat: 191 Halaman
ISBN-13: 978-99917-33-17-3
Harga:
BND 10.00