Fatwa Mufti Kerajaan 2011

$8.00

Kandungan

Buku ini mengandungi jawapan hukum yang berkait rapat dengan persoalan kehidupan seharian umat Islam yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam sepanjang tahun 2011.

Fatwa-fatwa berkenaan dibahagikan kepada 11 bab; Ibadat. Muamalat, Al-Ahwal Asy-Syakhshiyyah, Hal Ehwal Kanak-Kanak, Makanan & Minuman, Haiwan. Pakaian & Perhiasan, Al-Fara’idh, As-Siyasah Asy-Syar’iyyah, Akhlak dan Al-Mutafarriqât.

Antara persoalan yang dikemukakan ialah Memandikan jenazah dengan memakai sarung tangan getah, Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana di kuarantin, Penggunaan nama Allah pada kad jemputan perkahwinan orang bukan Islam, Bertunang dengan perempuan bukan Islam, Hukum lelaki memakai suasa, perak dan platinum, Harta waris dan wang sedekah ketika meninggal dunia dan lain-lain lagi.

Setiap keluarga Islam perlu memiliki buku ini sebagai rujukan dan panduan dalam menjalani kehidupan harian mereka.

Category

Description

Tahun Diterbitkan: 2013
Halaman: 279 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-60-07-0
Harga:
BND 8.00