Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

16 Mac 2024 - Majlis Pembukaan Tadarus Di Bulan Ramadhan Bagi Jabatan Perdana Menteri Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya Tahun 1445H/ 2024M

IMG_20240316_151045.jpg

IMG_20240316_145545.jpg
IMG_20240316_160957.jpg

Tutong, Sabtu, 05 Ramadhan 1445H/16 Mac 2024M

Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya hari ini membuka tirai Majlis Tadarus sempena bulan Ramadhan bagi Tahun 1445H/2024M, bertempat di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong. Majlis Tadarus ini dikelolakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Hassanal Bolkiah.

Hadir selaku ketua rombongan di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam). Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; Penolong-Penolong Mufti; pegawai-pegawai kanan, pegawai serta kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Diantara jemputan yang hadir ialah Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Yang Mulia Penghulu Mukim Tutong dan Yang Mulia Ketua-ketua Kampong mukim Tutong.

Majlis didahului dengan penyampaian sumbangan wakaf berupa barang keperluan masjid berupa 1 unit high pressure washer, 1 unit dry & wet vacuum cleaner, 1 unit 30m garden hose dan 60 unit kerusi oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) kepada Yang Mulia Imam Mohammad Waiz bin Tajuddin, Imam Tingkat I. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan tadarus Al-Qur'an bermula dari juzuk 1 yang dimulakan oleh ketua rombongan majlis. Majlis turut diberkati dengan bacaan Doa Selamat dan Solat Fardhu Asar berjemaah.


Attachments