Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

19 Mac 2024 - Mufti Kerajaan Menerima Kunjungan Hormat Daripada Tuan Masagos Zulkifli Bin Masagos Mohamad

2024-03-20 10 28 08.png

2024-03-20 10 27 53.png
2024-03-20 10 28 00.png


Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Mulia Tuan Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad, Minister for Social and Family Development and Second Minister for Health, and Minister-in-charge of Muslim Affairs, Republik Singapura, pada 19 Mac 2024 di Syura 2, Darulifta' Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

Turut serta dalam rombongan Tuan Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad ialah Yang Mulia Tuan Yang Terutama Lawrence Bay, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Brunei Darussalam, Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Republik Singapura, Pengurus Religious Policy (OOM) Republik Singapura dan Pengurus Strategic Communications (Strategic Engagement) Republik Singapura.

Turut hadir ialah Yang Mulia Penolong-Penolong Mufti, Pemangku Pengarah Jabatan Mufti Kerajaan dan Pegawai-pegawai kanan Jabatan Mufti Kerajaan.

Kunjungan tersebut di akhiri dengan lawatan ke Perpustakaan Islam Brunei Darussalam (PIB).

Beliau berada di Brunei Darussalam atas lawatan kerja dari 18 hingga 20 Mac 2024. Kunjungan tersebut bertujuan untuk mempelajari dan memahami pembentukan kehidupan beragama dalam menghadapi cabaran-cabaran kontemporari/masa kini dan formulasi fatwa di Negara Brunei Darussalam.


Attachments