Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

24 April 2024 - Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Muhibah Daripada Imam Abdul Kader

aus2.jpg
aus4.jpg
aus3.jpg

Bandar Seri Begawan, Rabu, 15 Syawal 1445H / 24 April 2024M

Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned telah menerima kunjungan hormat daripada Imam Support Chaplain (Flight Lieutenant) Abdul Kader, Chaplains Centre Royal Australian Air Force Williams Australia pada 15 Syawal, 1445 bersamaan 24 April, 2024. Kunjungan berlangsung di Darulifta' Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan.

Di dalam kunjungan tersebut, rombongan dari Australia dan Yang Berhormat Pehin telah berkongsi beberapa pandangan mengenai perkembangan agama Islam di kedua-dua Negara, dan bertukar-tukar fikiran mengenai hubungan di antara kedua-dua Negara khasnya mengenai pendidikan dan sebagainya.

Hadir sama di kunjungan tersebut ialah Tuan Yang Terutama Luke Arnold, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam dan Lieutenant Colonel Paul Sanderson, Australia Defence Adviser ke Negara Brunei Darussalam.

Imam Abdul Kader dalam rangka lawatan kerja dan kunjungan muhibah ke Negara Brunei Darussalam selama 5 hari bermula pada 22 April, 2024 sehingga 26 April, 2024. Antara tujuan lawatan kerja beliau adalah untuk menghadiri acara Australian and New Zealand Army Corps (ANZAC) Dawn Service di Negara Brunei Darussalam pada 25 April, 2024.​


Attachments