Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

08 Mei 2024 - Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat Perpisahan

(Oleh:  Haji Osman A. Bakar)


1715215702410.jpg

Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan  telah  menerima Kunjungan Hormat Perpisahan daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Raja Dato' Reza bin Raja Zaib Shah yang akan menamatkan perkhidmatannya.

Kunjungan tersebut berlangsung di Pejabat Yang Berhormat Pehin, di Darulifta' Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri pada 8 Mei, 2024.

Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak menghargai hubungan erat yang sedia ada di antara kedua buah negara dan berkesempatan bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa dan perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama khasnya mengenai perkembangan ugama Islam.

Tuan Yang Terutama Raja Dato' Reza bin Raja Zaib Shah telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 11 Oktober 2021.


Attachments