Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
17 November 2018 - 16 Perpustakaan Institusi Pendidikan Terima Wakaf Buku

​Oleh: Awang Osman Abu Bakar


Sebanyak 16 buah perpustakaan institusi pendidikan di negara ini telah menerima wakaf buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

Penyerahan buku-buku wakaf tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Awang  Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, pemangku pengarah Jabatan Mufti Kerajaan di Majlis Penyampaian Waqaf Buku-Buku Terbitan JMK yang diadakan di Darulifta’ Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 17 November, 2018.

Ketika memberikan ucapan di majlis tersebut,  Awang Haji Saiful Nizam menjelaskan program berwakaf ilmu  adalah diantara pemberigaan ilmu yang diungkayahkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan sebagai satu usaha ke arah menyalurkan dan memberigakan ilmu dan maklumat kepada masyarakat.

Program ini, katanya  adalah satu landasan yang mudah bagi mana-mana individu atau institusi yang berkeinginan untuk ‘menabung amal’.

Katanya, kelebihan dan keistimewaan berwakaf, telah pun dijelaskan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan baru-baru ini.

“Harapan saya adalah kita semua sama-sama berusaha memainkan peranan dan komited dalam memberigakan buku-buku wakaf agar ianya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat,” tegasnya.

Sementara itu, Awang Haji Mohidin bin Haji Mustapha, Ketua Bahagian Penerbitan dan Penerangan, Jabatan Mufti Kerajaan menjelaskan wakaf buku yang disampai pada majlis hari ini adalah diwakafkan oleh hamba-hamba Allah menerusi  program Wakaf Ilmu JMK.

Katanya, dari bulan Januari 2018 yang lalu sehingga hari ini, November 2018, seramai 70 orang telah menyertai (berwakaf) program wakaf ilmu jabatan ini dengan kutipan belian buku berjumlah hampir enam ribu ringgit.

Menurutnya wakaf ilmu buku-buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan mula diperkenalkan pada tahun 2002, dan ketika ini sebanyak  sembilan pakej wakaf ditawarkan dengan harga terendah $41.00 untuk 12 naskhah buku.


Attachments