Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

14 Ogos 2019 - Majlis Ibadah Korban Anjuran Bersama Jabatan Mufti Kerajaan, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei dan Pusat Penyembelihan Mulaut 1440H/2019M

​Oleh: Rawandi Rafie Yahya
Foto: Osman Abu Bakar










Seramai 218 orang yang terpilih daripada Mukim Lumapas telah menerima daging ibadah korban anjuran bersama Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei Sdn. Bhd. dan juga Pusat Penyembelihan Mulaut Sdn. Bhd.

Sejumlah 3 ekor lembu, 5 ekor kerbau dan 1 ekor kambing disembelih untuk dijadikan ibadah korban pada majlis tahun ini.

Majlis berlangsung di Ruang Legar, Bangunan Darulifta, Jabatan Mufti Kerajan, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Pengiran Babu Raja pada 13 Zulhijjah 1440H bersamaan 14 Ogos 2019M.

Tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan dan Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Ekonomi selaku ahli lembaga pengarah Syarikat Penerbangan Diraja Brunei. Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Setiausaha Tetap (Pelaburan), Kementerian Kewangan dan Ekonomi selaku ahli lembaga pengarah Syarikat Penerbangan Diraja Brunei; Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin,Timbalan Mufti Kerajaan; Yang Mulia Awang Ahmad Jefri bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Urusan, Agensi Pelaburan Brunei selaku ahli lembaga pengarah Syarikat Penerbangan Diraja Brunei; Yang Mulia Kamal Ariffin bin Dato Paduka Haji Abdul Rahman, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan Diraja Brunei; Yang Mulia Awang Haji Suhaili bin Haji Moktar, Pemangku Penghulu Mukim Lumapas, ketua-ketua kampong di bawah Mukim Lumapas serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari ketiga-tiga institusi.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Bersama Majlis, Yang Mulia Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran, Jabatan Mufti Kerajaan.

Acara diteruskan dengan penyerahan daging korban kepada 58 ketua keluarga penerima yang disempurnakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Ekonomi selaku ahli lembaga pengarah Syarikat Penerbangan Diraja Brunei.

Majlis Ibadah Korban yang dilaksanakan secara bersama ini adalah merupakan acara tahunan antara ketiga-tiga institusi tersebut. Kesepakatan ini telah lahir sejak lebih 20 tahun yang lalu bermula pada tahun 1999 lagi.



Attachments