Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

11 Disember 2019 - Mufti Kerajaan Menerima Kunjungan Hormat Majelis Ulama Indonesia (MUI) Provinsi Riau

​Oleh: Osman Abu Bakar


Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, hari ini 11 Disember, 2019 telah menerima kunjungan hormat daripada rombongan Majelis Ulama Indonesia (MUI) Provinsi Riau.

Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan.

Ketibaan rombongan seramai lapan orang itu di Darulifta Brunei Darussalam dialu-alukan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.

Rombongan terdiri daripada Prof. Dr. Nazir Karim, M.A., Ketua Umum MUI selaku ketua rombongan; K.H. Zulhusni Domo, S. Ag., Sekretaris Umum MUI; Dr. Sri Murhayati, M.A., Bendahara Umum MUI; Prof. Dr. H. Ilyas Husti, M.A., Ketua Harian MUI; Prof. Dr. H. Akbarizan, M.A., Ketua Harian MUI;  H. Fajeriansyah, Lc, M.A., Ketua Harian MUI; Dr. Hartono, M. Pd., Komisi Hubungan Luar Negeri dan Kajian Internasional dan Dr. Sofia Anita, M.Sc. Direktur LPPOM MUI.

Rombongan tersebut adalah dalam rangka lawatan melaksanakan Program Kerjasama Internasional Majelis Ulama Indonesia (MUI) Provinsi Riau dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Difahamkan kunjungan dan program tersebut antaranya bertujuan untuk menjalin kerjasama kelembagaan antara Majelis Ulama Indonesia Provinsi Riau dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Bahagian Antarabangsa dan MABIMS, Brunei Darussalam, Mendapatkan data dan informasi tugas dan fungsi Komisi Fatwa yang terkait kebijakan public dan pemerintah dalam penyelesaian masalah-masalah keagamaan yang terjadi dalam masyarakat dan mendapatkan informasi tentang sistem dan kebijalan penetapan sertifikat Halal/Halal Food Center di Malaysia dan Brunei Darussalam.



Attachments