Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

24 Disember 2020 - Mufti Terima Kunjungan Duta-Duta Besar

​Oleh: Awang Osman Abu Bakar


Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan ketika menerima sumbangan kitab-kitab dan buku-buku ugama daripada Duta Besar Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam.


Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan pada hari ini 24 Disember, 2020  telah menerima kunjungan daripada Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid al-Maskari Embassador Extraordinaru and Plenipotentiary Embassy of the Sultanate of Oman ke Negara  Brunei Darussalam.

Kunjungan  tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di DarulIfta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan.

Tujuan kunjung ialah bagi menyampaikkan sumbangan kitab-kitab ugama daripada Sahibus Samahah Sheikh Ahmed bin Hamad al-Khalili, Mufti Besar Kesultanan Oman.



Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan ketika menerima sumbangan kitab-kitab dan buku-buku ugama daripada Duta Besar Repbulik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam.


Sebelum ini,  Yang Berhormat Pehin juga telah menerima sumbangan buku daripada Puan Yang Terutama Homeira Rigi,  Duta Besar Republik Islam Iran ke Negara  Brunei Darussalam,  ketika Puan Yang Terutama itu mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Pehin.

Kitab-kitab dan buku-buku tersebut diterima untuk Perpustakaan Islam Brunei Darussalam (PIB).




Attachments