Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
25 Mei 2022 - Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja Sempena 60 Tahun Penubuhan Institusi Fatwa di Negara Brunei Darussalam

Oleh: Rawandi Rafie Yahya




Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Majlis Tahlil bagi paduka Ayahanda, paduka Bonda serta paduka Anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim pada petang Rabu, 25 Mei 2022 bersamaan 24 Syawal 1443. Majlis diadakan di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan.

Majlis tahlil ini diadakan bersempena dengan 60 Tahun Penubuhan Institusi Fatwa di Negara Brunei Darussalam 1962-2022.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin; Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusof; Penolong Mufti (Buhuth), Yang Mulia Dr. Haji Dennie bin Haji Abdullah; Penolong Mufti (Ifta’), Pemangku Pengarah Pentadbiran dan pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Yaasin yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Haji Muhammad Ahmad Roza bin Haji Daud, Pegawai Istinbat Kanan. Majlis diikuti dengan bacaan Tahlil dan seterusnya di akhiri dengan Doa Tahlil serta Doa Peliharakan Sultan yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Haji Hazimin bin Haji Ibrahim, Penolong Ketua Urusetia Fatwa, Jabatan Mufti Kerajaan.



Attachments