Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
2 Mac 2015 - Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Duta Palestin

Oleh: Haji Yakob bin Haji Metali

    


Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr.Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam, pada hari Isnin 11 Jamadilawal, 1436 bersamaan 2 Mac, 2015 telah menerima kunjungan Tuan Yang Terutama Dr.Anwar H. Al-Agha, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Palestin yang tidak menetap ke Negara Brunei Darussalam.


Ketibaannya di Darulifta Brunei Darussalam dialualukan oleh Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Penolong Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan (JMK)  dan beberapa orang pegawainya.


Kunjungan tersebut merupakan salah satu program lawatan Tuan Yang Terutama semasa berada di negara ini sejak 25hb.Februari. Ianya merupakan jalinan  hubungan yang baik serta saling hormat menghormati.


Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 26 Februari, 2015  di Istana Nurul Iman.

Attachments