Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

29 Jun 2022 - Penolong Mufti (‘Ifta) Hadiri Seminar Ulama Asia Tenggara 2022

​Oleh: Rawandi Rafie Yahya


Penolong Mufti ('Ifta), Yang Mulia Dr. Haji Dennie bin Haji Abdullah, selaku wakil Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan telah bertolak ke Kuala Lumpur, Malaysia pada 29 Jun, 2022 bersamaan 29 Zulkaedah, 1443 bagi menghadiri Seminar Ulama Asia Tenggara 2022 anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama Muslim World League (MWL).

Turut mengiringi beliau ke seminar tersebut ialah Yang Mulia Ustaz Haji Haji Abdul Rahman bin Pengarah Haji Mokti, Ketua Istinbat, Jabatan Mufti Kerajaan.

Seminar yang bertemakan "Kesatuan Ummah" ini akan berlangsung selama sehari pada 30 Jun 2022. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia, akan dijadualkan untuk menyampaikan Ucaptama Perasmian.

Antara objektif seminar ini diadakan adalah:

  • Bagi membangunkan wawasan tamadun bersama untuk penyatuan nilai perpaduan dan kesederhanaan dalam masyarakat manusia;
  • Membanteras ancaman pemikiran ekstremisme;
  • Mengubah konflik antara kepelbagaian politik kepada persefahaman, kerjasama dan perpaduan; dan
  • Merangka program praktikal, inisiatif dan cadangan untuk memastikan kemampuan yang berkesan bagi mencapai objektif forum serta membina rangkaian peserta.

 

Seminar ini dijangkakan akan dihadiri seramai 1,000 orang peserta dari kalangan pemimpin dan cendekiawan Islam dari 20 buah negara.


Attachments