Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

11 Februari 2023 - Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Agung Darulfatwa Australia

Oleh: Rawandi Rafie Yahya
Gambar: Ariffin Sulaiman


20230211 Darulfatwa-Australia-Mufti-01.jpg
20230211 Darulfatwa-Australia-Mufti-02.jpg
20230211 Darulfatwa-Australia-Mufti-03.jpg
20230211 Darulfatwa-Australia-Mufti-04.jpg

{Gambar Perjumpaan Bersama YB Pehin Mufti}


Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Mulia Prof. Sheikh Salim Alwan Al-Husayni, Setiausaha Agung Darulfatwa, Majlis Tertinggi Islam Australia.


Kunjungan itu berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta’ Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada hari Sabtu, 20 Rejab, 1444 bersamaan 11 Februari, 2023.


Turut menyertai rombongan ialah Yang Mulia Saad Deen Al Ajouse Al-Sharif, Perhubungan Awam, Universiti Antarabangsa Lebanon dan Mohamad Sheikh Khalil, Pembantu kepada Prof. Sheikh Salim Alwan Al-Husayni.


 

Darulfatwa-Australia-Timbalan-Mufti-01.jpg

Darulfatwa-Australia-Timbalan-Mufti-02.jpg
Darulfatwa-Australia-Timbalan-Mufti-03.jpg
Darulfatwa-Australia-Timbalan-Mufti-04.jpg

{Gambar Perjumpaan Bersama Timbalan Mufti}


Terdahulu, rombongan juga berkesempatan membuat kunjungan hormat kepada Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan. Perjumpaan berlangsung di pejabat Yang Mulia Timbalan Mufti.


Rombongan tersebut adalah dalam rangka lawatan ke Negara Brunei Darussalam selama 3 hari. Antara yang di kunjungi adalah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).


Difahamkan kunjungan dan lawatan tersebut adalah bagi menyatakan penghargaan dan menyokong jasa YB Pehin Mufti Kerajaan terhadap masyarakat Negara Brunei Darussalam khususnya dan negara-negara Islam amnya. Di samping itu juga untuk menjalin kerjasama antara Jabatan Mufti Kerajaan dan Darulfatwa Australia.



Attachments