Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

18 Februari 2023 - Timbalan Mufti Kerajaan Hadiri Persidangan Majlis Akademi Fiqh Islam Antarabangsa Ke-25 Di Jeddah, Arab Saudi

20230218 akademi fiqh islam.jpg
20230218 akademi fiqh islam 2.jpg


Oleh: Rawandi Rafie Yahya
Gambar: Ariffin Sulaiman


Timbalan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin selaku ahli tetap Akademi Fiqh Islam Antarabangsa dan wakil Negara Brunei Darussalam telah bertolak ke Jeddah, Arab Saudi pada 18 Februari, 2023 bersamaan 27 Rejab, 1444 bagi menghadiri Persidangan Majlis Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (IIFA) Kali Ke-25.


Turut mengiringi beliau ke persidangan tersebut ialah Ustaz Haji Abdul Rahman bin Pengarah Haji Mokti, Ketua Istinbat dan Ustaz Muhammad Ahmad Roza bin Md Daud, Pegawai Istinbat Kanan di Jabatan Mufti Kerajaan.


Persidangan kali ini dijadualkan berlangsung selama 4 hari di bandar Jeddah. Putera Khalid Al-Faisal Al-Saud, Penasihat kepada Penjaga Dua Masjid Suci dan Gabenor Wilayah Makkah Al-Mukarramah yang juga penaung persidangan ini, akan dijadualkan hadir sebagai tetamu kehormat bagi pembukaan rasmi Persidangan Majlis Akademi Fiqh Islam Antarabangsa ke-25.


IIFA ditubuhkan pada Januari 1981 sebagai satu inisiatif dan badan subsidiari Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Ia adalah sebuah akademi untuk kajian lanjutan Islam yang berpusat di Jeddah, Arab Saudi. Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada kalangan ahli perundangan, ulama, dan intelektual Muslim terkemuka yang pakar dalam bidang ilmu perundangan, budaya, saintifik dan ekonomi dari pelbagai pelusuk dunia.



Attachments