Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

02 Mac 2023 - Penolong Mufti (‘ifta) Hadiri Singapore Muslim Festival (SMF) 2023 Di Republik Singapura



Oleh: Rawandi Rafie Yahya
Gambar: Ariffin Sulaiman

Penolong Mufti (‘Ifta), Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Dennie bin Haji Abdullah telah bertolak ke Republik Singapura pada petang ini, 02 Mac, 2023 bersamaan 09 Sya’aban, 1444 bagi menghadiri Singapore Muslim Festival (SMF) 2023, anjuran Jamiyah Singapore.

Turut mengiringi beliau ke festival tersebut ialah Ustaz Haji Hairulazmi bin Abdullah, Pegawai Istinbat di Jabatan Mufti Kerajaan.

Singapore Muslim Festival 2023 ini dijadualkan berlangsung selama 3 hari bermula pada 03 sehingga 05 Mac, 2023, bertempat di Singapore Expo Convention and Exhibition Centre, Hall 5, Republik Singapura.

Acara berkenaan dianjurkan bagi memperingati Nabi Muhammad Shallahu ‘alaihi wassalam, dan untuk mengundang orang ramai untuk lebih mempelajari dan menyelami pengajaran Islam.



Attachments