Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

28 Mac 2023 - Majlis Pembukaan Tadarus Sempena Bulan Ramadhan bagi Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di Bawahnya Tahun 1444H/2023M

​Oleh: Rawandi Rafie Yahya



​ ​

Jabatan Mufti Kerajaan dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam telah mengendalikan Majlis Pembukaan Tadarus sempena Bulan Ramadhan bagi Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 1444H/2023M. Majlis diadakan pada 6 Ramadhan 1444H bersamaan dengan 28 Mac 2023 dan berlangsung di Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam, Kampong Sengkarai, Daerah Tutong.

Hadir selaku ketua rombongan pada majlis ini ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan; Setiausaha-Setiausaha Tetap; Penolong-Penolong Mufti; Ketua-Ketua Jabatan; para pegawai serta kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis didahului dengan penyampaian sumbangan wakaf berupa barang keperluan masjid yang disampaikan oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri kepada Yang Mulia Abdul Hafiy bin Yahya, Imam Tingkat I. 

Majlis Tadarus dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan tadarus Al-Qur'an bermula dari juzuk 1 yang dimulakan oleh ketua rombongan majlis. Majlis turut diberkati dengan bacaan Tahlil Arwah dan Doa Selamat. Majlis kemudian disudahi dengan berbuka puasa serta Solat Fardhu Maghrib secara berjemaah.

Majlis-majlis keagamaan di bulan Ramadhan seumpama ini adalah salah satu daripada aktiviti tahunan Jabatan Perdana Menteri bagi mengeratkan silaturrahim antara pegawai dan kakitangan serta jemaah masjid dan penduduk kampung, di samping bagi sama-sama menghidupkan dan menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang mulia ini, serta merebut ganjaran pahala dan keberkatan yang dijanjikan Allah Subhanahu Wata’ala.





Attachments