Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

09 April 2023 - Penolong Mufti (Buhuth) Hadiri Majlis Khatam Al-Qur’an Bagi Masjid Kampong Masin

​Oleh: Rawandi Rafie Yahya






Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mazanan bin Haji Yusof, Penolong Mufti (Buhuth), Jabatan Mufti Kerajaan telah hadir sebagai tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Qur’an sempena bulan Ramadhan 1444H/2023M bagi Masjid Kampong Masin. Majlis berlangsung pada 09 April 2023M bersamaan dengan 18 Ramadhan 1444H.

Majlis Khatam dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah oleh Tetamu Kehormat majlis dan diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para peserta khatam. Sejurus itu, bacaan Takhtim dibacakan oleh Yang Mulia Haji Md Zainul Hasramin bin Haji Md Hassan, Imam Masjid Kampong Masin. Manakala, Doa Khatam pula dibacakan oleh Yang Mulia Awang Jeffry bin Haji Metassim, Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampong Masin.

Majlis diselajurkan dengan penyampaian derma kepada 38 orang anak-anak yatim Kampong Masin dan Kampong Bebatik yang disampaikan oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mazanan bin Haji Yusof, Penolong Mufti (Buhuth) sebagai Tetamu Kehormat majlis berserta dengan penderma-penderma persendirian.

Majlis kemudian diserikan dengan Ceramah Khas sempena Nuzul Al-Quran, disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Hambali bin Haji Jaili, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan dan juga kepada Tetamu Kehormat majlis.

Bagi memberkati majlis, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Yang Mulia Awang Md Khairuddin bin Haji Zaidin, Bilal Masjid Kg. Masin.

Majlis telah diungkayahkan oleh ahli-ahli jawatankuasa takmir Masjid Kampong Masin.




Attachments