Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

19 April 2023 - Penolong Mufti (Buhuth) Hadiri Majlis Khatam Al-Qur’an Pelajar BIBD ALAF Sempena Sambutan Ulangtahun ke-10 Program BIBD ALAF

​Oleh: Rawandi Rafie Yahya










Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mazanan bin Haji Yusof, Penolong Mufti (Buhuth), Jabatan Mufti Kerajaan telah hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Qur’an sempena sambutan ulangtahun ke-10 BIBD ALAF pada 19 April 2023M bersamaan dengan 28 Ramadhan 1444H. Majlis diadakan di surau Sekolah Menengah Arab Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Majlis Khatam dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah yang dipimpin oleh Tetamu Kehormat majlis, diikuti dengan bacaan surah-surah lazim, takhtim dan tahlil oleh pelajar-pelajar BIBD ALAF yang diraikan.

Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan hamper Syawal kepada guru pembimbing Al-Qur’an dan pelajar-pelajar BIBD ALAF yang disempurnakan oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Mazanan bin Haji Yusof, Penolong Mufti (Buhuth); Awang Junaidi bin Haji Masri, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD; Dr Awang Abdul Nasir bin Haji Abd Rani, Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA and Haji Mohammad Yusri bin Haji Wahsalfelah, Ketua Bahagian Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas BIBD.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Tetamu Kehormat Majlis.

Menurut kenyataan BIBD, BIBD ALAF adalah sebuah program CSR yang menyediakan bantuan kewangan, pendidikan dan bimbingan kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk membantu mereka mencapai matlamat akademik mereka. Sejak penubuhannya pada tahun 2013, seramai lebih 300 pelajar telah mendapat manfaat bantuan daripada program ini.





Attachments