Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

27 Mei 2023 - Majlis Silaturahim ‘Idilfitri Dan Doa Selamat Bakal Jemaah Haji Jabatan Mufti Kerajaan Tahun 1444H/2023M

Oleh: Rawandi Rafie Yahya

Foto: Ariffin Sul​aiman










Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Majlis Silaturahim 'Idilfitri dan Doa Selamat bagi pegawai-pegawai Jabatan Mufti Kerajaan yang akan mengerjakan ibadah Haji pada tahun ini. Majlis diadakan pada hari Sabtu, 07 Zulkaedah 1444 bersamaan 27 Mei 2023 di Ruang Legar, Darulifta' Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Mazanan bin Haji Yusof; Penolong Mufti (Buhuth), Yang Mulia Dr. Haji Dennie bin Haji Abdullah; Penolong Mufti (Ifta'), Pemangku Pengarah Pentadbiran dan pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Zamiri bin Pengiran Haji Jamaludin, Pegawai Buhuth Kanan. Majlis diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran, Jabatan Mufti Kerajaan.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh tetamu kehormat majlis, diikuti dengan penyerahan sumbangan kepada seramai 5 orang pegawai bakal-bakal jemaah haji daripada Jabatan Mufti Kerajaan.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Yang Mulia Pengiran Zamiri bin Pengiran Haji Jamaludin, Pegawai Buhuth Kanan, Jabatan Mufti Kerajaan.


Attachments