Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

30 Mei 2023 - Mufti Kerajaan Menerima Kunjungan Hormat daripada delegasi Republik Azerbaijan

(Oleh: Awang Osman bin A. Bakar)​

Azerbaijan.JPG

Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Republik Azerbaijan seramai enam orang yang diketuai oleh Deputy Chairman of the State Committee on Religious Associations of the Republic of Azerbaijan, Mr. Gunduz Ismayilov.

Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada hari ini 30 Mei 2023.

Turut mengalu-alukan rombongan di DarulIfta Brunei Darussalam ialah Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Awang Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman berserta beberapa orang pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan.

Menyertai rombongan ialah Rector of Azerbaijan Institute of Theology (AIT), Assoc. Prof. Agil Shirinov; Assistant to the Rector of AIT, Emin Orujov; Head of the Department, Small and Medium Business Development Agency of the Republic of Azerbaijan, Anar Yusufzada; Senior Specialist in International Relation at AIT, Shahin Alasgarov dan First Secretary and Consul, Azerbaijan Embassy in Kuala Lumpr, Elsevar Salmanov.

Rombongan tersebut adalah dalam rangka lawatan dua hari Ke Negara Brunei Darussalam mulai 29 hingga 30 Mei, 2023 dengan tujuan untuk memperkembangkan hubungan dan kerjasama antara institusi Negara Brunei Darussalam dan Republik Azerbaijan dalam pengajian dan penyelidikan sains Islam serta membincangkan usaha penyelarasan dalam isu-isu Islamophobia pada peringkat antarabangsa.

 


Attachments