Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

20 September 2023 - Mufti Kerajaan Menerima Kunjungan Hormat

(Oleh: Awang Osman Abu Bakar)

 

 ​DSC_0467.JPG

Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, telah menerima kunjungan hormat dua ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik iaitu Tuan Yang Terutama Kolonel (B) Pengiran Haji Kamal Bashah bin Pengiran Haji Ahmad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Pakistan; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Haji Roslan bin Haji Yacub bertempat di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 20 September, 2023.

Tuan-tuan Yang Terutama telah dikurniakan Surat Watikah Pelantikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 13 September, 2023 yang lalu di majlis yang berlangsung di Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman.

 


Attachments