Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

02 Oktober 2023 - Majlis Ceramah Khas Irsyad Hukum Sempena Sambutan Maulidurrasul Shallallahu ‘Alaihi Wasallam 1445h/2023m

ceramah khas maulud (2).JPG

ceramah khas maulud (1).jpeg.jpg

ceramah khas maulud (3).jpeg.jpg

Isnin, 16 Rabiulawal 1445 bersamaan 02 Oktober 2023

Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Majlis Ceramah Khas Irsyad Hukum sempena Sambutan Maulidurrasul Shallallahu 'Alaihi Wasallam bagi tahun 1445H/2023M. Majlis diadakan di Ruang Legar, Darulifta' Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan.

Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai salah satu usaha Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) untuk menghidupkan Projek Memasyarakatkan Fatwa. Selain itu, ceramah ini diadakan bagi meraikan dan menyemarakkan sambutan hari memperingati kelahiran Nabi Junjungan kita Sayyidina Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam yang merupakan salah satu hari-hari kebesaran Islam yang disambut di Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Haji Awang Mohamad Raimi bin Awang Tengah, Penolong Ketua Istinbat dan disusuli dengan persembahan Selawat Tafrijiyyah daripada Pegawai dan Kakitangan JMK.

Majlis diteruskan dengan Ceramah Khas sempena Sambutan Maulidurrasul bertajuk “Sunnah Dihayati, Hidup Diberkati." Ceramah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mas Reduan bin Haji Jumat, Ketua Buhuth di Jabatan Mufti Kerajaan.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang disampaikan oleh Yang Mulia Haji Awang Mohamad Raimi bin Awang Tengah, Penolong Ketua Istinbat, Jabatan Mufti Kerajaan.

Rakaman Ceramah Khas Irsyad Hukum ini juga akan disiarkan melalui Rangkaian Nur Islam, Radio Televisyen Brunei (RTB) di bawah Rancangan Ceramah Khas Irsyad Hukum Sempena Sambutan Maulidurrasul Shallallahu 'alaihi wasallam Tahun 1445H/2023M.​


Attachments