Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

16 Oktober 2023 - Penolong Mufti (‘Ifta) Hadiri Persidangan Antarabangsa Yang Ke-8 Di Republik Arab Mesir


dennie roza.jpg

Penolong Mufti (‘Ifta), Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Dennie bin Haji Abdullah telah bertolak ke Kaherah, Republik Arab Mesir sebagai wakil kepada Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan sebagai ahli peserta di persidangan antarabangsa yang Ke-8 dengan tema “The Fatwa and Challenges of the Third Millenium”, pada 01 Rabiulakhir 1445 bersamaan 16 Oktober 2023.

Turut mengiringi beliau ialah Ustaz Haji Muhammad Ahmad Roza bin Haji Daud, Pegawai Istinbat Kanan di Jabatan Mufti Kerajaan.

Persidangan antarabangsa yang Ke-8 ini dijadualkan berlangsung selama 2 hari bermula pada 18hb sehingga 19hb Oktober 2023, bertempat di Al-Masah Hotel, Kaherah, Republik Arab Mesir. 

Persidangan tersebut adalah anjuran Sekretariat Am Penguatkuasa Fatwa di Seluruh Dunia, Republik Arab Mesir.

Tujuan penganjuran persidangan ini diadakan adalah untuk menggariskan betapa pentingnya peranan institusi-institusi fatwa dan pihak berkuasa dalam menangani isu-isu yang dihadapi dunia kontemporari kita, dan seterusnya menubuhkan rangka kerja yang sesuai untuk menghadapi cabaran tersebut. Dalam pada masa yang sama, matlamat untuk mencapai keadilan, kebenaran, keselamatan, keamanan, dan kemakmuran untuk sesama manusia boleh dicapai.



Attachments