Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

16 Januari 2024 - Penyerahan Sumbangan Jabatan Mufti Kerajaan kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023

penyerahan sumbangan palestin kkbs.jpg

Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, telah menyerahkan sumbangan sejumlah Tujuh Ribu Ringgit (BND7,000.00) kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023, di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, pada 03 Rejab 1445H bersamaan 15 Januari 2024.

YM Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan telah menyerahkan sumbangan berkenaan kepada YM Dyg Fauziah binti Md Salleh, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), di Bilik Mesyuarat Al-Ehsan, Tingkat 3, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Turut hadir bagi menyaksikan penyerahkan tersebut ialah pegawai-pegawai Jabatan Mufti Kerajaan (JMK).

Sumbangan derma berkenaan adalah usaha Jabatan Mufti Kerajaan dalam membantu meringankan kesengsaraan dan beban penderitaan penduduk di Gaza, Palestin yang tergegas. Tabung Kemanusiaan Palestin di Gaza 2023 telah dibukakan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bermula dari 18hb Oktober 2023 sehingga 18hb Januari 2024 lalu.


Attachments