Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

17 Januari 2024 - Majlis Muzakarah Pengkursus Ibadat Haji Dan Umrah 1445H/2024M kali ke-31

IMG_20240117_091623.jpg
DSCN2809.JPG

DSCN2824.JPG


Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, telah menjemput tiga (3) Pegawai Ilmu Jabatan Mufti Kerajaan sebagai pembentang bagi Majlis Muzakarah Pengkursus Ibadat Haji dan Umrah Tahun 1445H/2024M kali ke-31.

Majlis muzakarah tersebut telah diadakan pada Hari Rabu 05 Rejab 1445 bersamaan 17 Januari 2024, di Dewan Multaqa Lantai Bawah, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Pembentangan kertas kerja pertama telah dibahagikan kepada dua (2) tajuk dimana tajuk yang pertama telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Muhammad Ahmad Roza bin Haji Daud, Pegawai Istinbat Kanan, iaitu “Keluar Dari Mina Pada 12 Zulhijjah (Nafar Awal) Sebelum Tergelincir Matahari Dan Sembahyang Jamak Sewaktu Berada Di Arafah. Manakala tajuk yang kedua telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Pengiran Zamiri bin Pengiran Haji Jamaludin, Pegawai Buhuth Kanan, iaitu “Kedudukan Sembahyang Jumaat Jemaah Negara Brunei Darussalam Di Mina”. Pembentangan kertas kerja kedua telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Haji Noraini binti Buntar, Pegawai Istinbat Kanan, dengan tajuk “Sembahyang Jemaah Perempuan Berimamkan Jemaah Lelaki Di Kem Yang Berasingan”.

Tujuan muzakarah pembentangan itu diadakan adalah bagi menangani isu-isu permasalahan yang ditimbulkan pada musim haji tahun 1444H/2023M.



Attachments