Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

14 Mac 2024 - Timbalan Mufti Hadiri Persidangan Antarabangsa Liga Muslim Dunia

1710559777337.jpg

Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Maidin @ Mat Dain, telah bertolak ke Makkah, Kerajaan Arab Saudi, pada malam ini sebagai wakil kepada Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan sebagai ahli peserta di persidangan antarabangsa berkenaan dengan tajuk “Membina Sempadan Antara Mazhab-Mazhab Islam".

Turut mengiringi beliau ialah Ustaz Haji Awang Mohammad Sofian bin Awang Tengah, Pemangku Ketua Buhuth di Jabatan Mufti Kerajaan.

Persidangan antarabangsa ini dijadualkan berlangsung selama 2 hari bermula pada 17hb sehingga 18hb Mac 2024, bertempat di Hilton makkah Convention Hotel, Makkah, Kerajaan Arab Saudi. Persidangan tersebut adalah anjuran Liga Muslim Dunia (Muslim World League), Makkah, Kerajaan Arab Saudi.

Tujuan penganjuran persidangan ini diadakan adalah untuk mengukuhkan perpaduan negara Islam dalam mencapai kesedaran bagi melaksanakan tanggungjawab, dan seterusnya menubuhkan pemikiran yang positif dalam menghadapi cabaran terutama sekali dari segi perbezaan mazhab.

 


Attachments